WARGA VRI : PERSATUAN SOSIAL VRI > PERSATUAN KEBAJIKAN ISLAM

 

PERSATUAN KEBAJIKAN ISLAM

INSTITUT PENYELIDIKAN VETERINAR, IPOH

 

PENGENALAN

Persatuan Kebajikan Islam, Institut Penyelidikan Veterinar, Ipoh merupakan salah sebuah pertubuhan berdaftar yang bermatlamat menjadi medan perantara di antara ahli persatuan dengan pihak pengurusan Institut Penyelidikan Veterinar, disenangi oleh ahli dan masyarakat. Persatuan juga berharap dapat melahirkan individu yang berilmu, berkebajikan, toleransi, tekun bekerja dan diredhai Allah S.W.T serta berlandaskan Al-Qur’an dan As Sunnah. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh persatuan dalam mengeratkan ikatan silaturrahim di antara kakitangan Institut ini. Persatuan juga berharap semua ahli memberi sokongan padu dalam mengukuhkan lagi fungsi persatuan di Institut Penyelidikan Veterinar.

 

VISI

Untuk melahirkan individu yang berilmu, berkebajikan, toleransi, tekun bekerja dan diredhai Allah S. W.T serta berlandaskan Al-Quran dan As Sunnah.

MISI

Menjadi medan perantara di antara ahli persatuan dengan pihak pengurusan Institut Penyelidikan Veterinar, disenangi oleh ahli, masyarakat dan mendapat keredhaan Allah S.W.T

 

JUMLAH KEAHLIAN

Ahli Berdaftar

Bilangan Ahli

Ahli Lama Wanita

62 orang

Ahli Lama Lelaki

53 orang

Ahli Baru Wanita 2012

-

Ahli Baru Lelaki 2012

4 orang

JUMLAH KEAHLIAN

119 Orang

 

Antara aktiviti yang dilaksanakan setiap tahun adalah seperti Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PKI, ceramah agama, seminar dan motivasi dengan pelbagai tajuk dan tema yang menarik, lawatan ke tempat-tempat yang menarik dan memberi ilmu pengetahun, gotong-royong membersihkan surau dan lain-lain lagi. Pelbagai aktiviti menarik yang telah berjaya dijalankan dengan jayanya dengan adanya sokongan padu setiap ahli. Semoga lebih banyak aktiviti dapat dijalankan pada tahun yang akan datang.

Khamis, 24 April 2014
5:40:26am

 

 

Institut Penyelidikan Veterinar
No. 59, Jalan Sultan Azlan Shah
31400 Ipoh
Perak Darul Ridzuan

Tel : 05 - 545 7166, 546 7187
Faks : 05 - 546 3368

Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.